“Jejak Alam Mistik Kini dalam Genggaman Anda: Laman Web Rasmi Dilancarkan”
20 Disember 2024 – 10 Pagi
Channel YouTube terkenal, Jejak Alam Mistik, hari ini mengorak langkah baharu dengan pelancaran laman web rasmi jejakalamistik.com. Tepat jam 10 pagi, laman ini secara rasmi dibuka kepada semua peminat kisah seram, misteri, dan dunia mistik yang penuh tanda tanya.
Dilahirkan sebagai kesinambungan daripada kejayaan saluran YouTube Jejak Alam Mistik, laman web ini hadir dengan misi yang jelas – menjadi platform utama bagi mereka yang mencari jawapan, inspirasi, atau sekadar hiburan melalui kisah-kisah ghaib dan paranormal.
Menurut pengasasnya, Nazri Salleh, yang juga bekas pengamal rawatan Islam di Kluang, Johor, jejakalamistik.com bukan sekadar ruang untuk berkongsi cerita:
“Laman ini diwujudkan bukan hanya untuk bercerita, tetapi untuk memberikan panduan, ilmu dan pengetahuan tentang dunia ghaib. Dunia yang sering menjadi topik perbualan masyarakat, namun jarang dibahaskan secara mendalam.”
Sejak pelancarannya di platform YouTube, Jejak Alam Mistik berjaya menarik ribuan pengikut setia yang sentiasa menantikan kisah-kisah seram dan misteri yang dikongsikan. Dengan kehadiran jejakalamistik.com, akses kepada koleksi kisah mistik kini lebih mudah, tersusun dan luas.
Misi jejakalamistik.com
Laman ini diharap menjadi wadah untuk:
- Menghimpunkan kisah-kisah mistik, seram dan legenda misteri dari seluruh Nusantara.
- Memberikan panduan serta pengetahuan berkaitan dunia ghaib kepada masyarakat.
- Menjadi sumber hiburan berilmiah yang membawa pembaca merenung dan menghargai keunikan warisan budaya.
Selain itu, platform ini juga terbuka kepada orang ramai yang ingin berkongsi pengalaman seram mereka. “Setiap kisah mempunyai nilai tersendiri – sama ada sebagai peringatan, pengajaran, atau sekadar hiburan. Kami mahu menjadi suara untuk cerita-cerita itu,” ujar Nazri Salleh lagi.
Sokongan Semua Dihargai
Kehadiran jejakalamistik.com menandakan satu langkah ke hadapan dalam usaha menyampaikan kisah-kisah yang berakar dalam sejarah, budaya dan kepercayaan masyarakat kita. Sokongan daripada semua peringkat masyarakat amatlah dihargai dalam memastikan platform ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua.
Dengan pelancaran rasmi ini, jejakalamistik.com bertekad untuk menjadi laman yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi turut memberikan pengajaran, ilmu, dan pengalaman unik buat pengunjungnya.
“Selami Dunia yang Tidak Kelihatan, Jejak Kisah yang Tidak Terungkap.”
Layari sekarang di jejakalamistik.com.
Oleh: Media Tenggara – Laporan 19.12.2024