TENTANG KAMI

Menjejak Alam yang Tidak Terlihat, Merungkai Misteri yang Tidak Terjawab

Kami percaya bahawa setiap cerita mempunyai pelajaran dan setiap misteri menunggu untuk dirungkai. Sama ada anda peminat cerita seram, pencari kebenaran, atau sekadar ingin mengisi masa lapang, laman ini hadir untuk membawa anda ke dimensi yang lebih dalam dan penuh tanda tanya.

Selamat datang ke jejakalamistik.com, sebuah laman web yang membawa anda menyelami dunia penuh misteri, mistik, dan paranormal.

Saya, Nazri Salleh, pengasas laman ini, memulakan perjalanan dalam bidang rawatan Islam di tempat asal saya di Kluang, Johor. Dalam tempoh itu, saya berdepan dengan pelbagai pengalaman yang sukar dijelaskan dengan logik biasa – dari kejadian paranormal hingga kisah-kisah seram yang benar-benar menggugah perasaan.

Namun, setelah mengambil keputusan untuk berhenti dalam bidang rawatan, saya memilih untuk berkongsi pengalaman penuh misteri dan keunikan ini melalui YouTube channel, ‘Jejak Alam Mistik’. Dengan kandungan cerita seram, mistik, dan legenda ghaib yang saya paparkan, sambutan luar biasa dari para penonton memberi semangat kepada saya untuk terus berkongsi.

Inspirasi pengalaman seram

Website jejakalamistik.com lahir sebagai kesinambungan usaha ini – sebuah platform bagi anda yang mencari jawapan, inspirasi, atau sekadar hiburan melalui kisah-kisah mistik yang saya kumpulkan dan kongsikan. Tujuan laman ini bukan sahaja untuk bercerita, tetapi juga untuk memberikan panduan dan pengetahuan mengenai dunia ghaib yang sering menjadi perbualan di kalangan kita semua.

Our Team

Nazri Salleh

Founder & Host

Pengasas Jejak Alam Mistik (JAM)
Menyediakan Platform

Yusri Jafri

Senior Storyteller

Pencerita
Berkongsi Cerita Dari Pengalaman

Pn.Ita

Mediator

Pengantara
Antara Nyata dan Ghaib

Zen Aznee

Senior Asst.

Pembantu
Menyelia audio sistem dan lokasi

Pn.Shima

Digital Content Strategist

Pemasaran
Menyelia Pengisian di Media Sosial

Media Tenggara

Media

Wartawan
Menyampaikan Berita Terkini

Mari Jadi Tetamu

Berkongsi pengalaman dalam bentuk yang mendidik, menghiburkan, dan memberi panduan agar kita lebih berhati-hati menghadapi dunia yang tidak terlihat.